Jerit di sini!!


ShoutMix chat widget

Tuesday, December 6, 2011



Assalamualaikum W.B.T.....

Terima kasih kepada semua kawan-kawan,teman-teman,rakan-rakan dan blogger-blogger yang sudi datang dan melawat ke halaman blog saya....

Today i need to talk about my relationship with my love (Atika Halim)

Alhamdulillah...06/12/2011...telah menjadi saksi genapnya 365 hari kami berkenalan dan terus dialam percintaan....

# Zhi bersyukur sangat dapat mengenali si dia(Atika Halim)...macam2 dugaan yang telah kami berdua tempuhi...pelbagai perasaan telah wujud dalam diri masing masing....maklum lah, inilah yang dikatakan percintaan jarak jauh...

#Zhi terlalu chienta dan sayangkan Atika..semalam,(6.12.2011) zhi mintak maaf kalau zhi ada wat salah dan silap...kita mula dari 0-0 ye yunx? zhi dah maafkan (Atika)

#Zhi rindukan chienta hati zhi(Atika)...setiap hari zhi fikirkan tentang dia....entah apa yang dilakukan ? sihat? mcm2 yang berlegar difikiran...atas sebab kepercayaan dan kasih sayang yang wujud dalam perhubungan kami... SETIA pada Cinta adalah penting dalam sesebuah percintaan...

#Atika terlalu fikirkan tentang perihal kesihatan zhi.,.biase lah, zhi kan sakit....(hehehe)..seolah2 dia dapat merasa kesakitan yang zhi alami...TERIMA KASIH YUNX...

#Sejak pertemuan pertama..zhi menyayangi atika sepenuh hati...x mungkin akan ada peganti dirinya jika zhi kehilangan dia...zhi takot akan kehilangan orang yang zhi sayang....cukuplah dengan apa yang telah dilalui dulu...cukup menyiksakan apabila orang yang kita sayang meninggalkan kita begitu sahaja tanpa sebab atau apa sekalipun...

#Terima kasih kepada kak cik (Dalila Halim),yang telah banyak memberi dorongan dan nasihat...kakcik juga banyak membantu zhi jika zhi sukar untuk menghubungi Atika..kakcik juga banyak membantu ketika kami dalam saat getir..heheh..nak tau apakah saat getir itu?(ketika Atika x de krdt la)....

#Mak ( Norizan Hashim)...THANKS mak sebab bagi zhi bercinta dengan anak mak..hehe...kak teh ek?zhi janji ngan mak yang zhi akan menjaga Ika dan menyanyangi ika sepenuh hati zhi..zhi sayangkan ika mak..zhi harap mak akan restui percintaan kami ini...thanks sekali lagi mak...sebab kadang2 tu ika gne fon mak tuk msg zhi...(kantoi sudaa)

#Kak Yang ( Matrsheeta Halim) Time kasih kak yang sebab kak yang kenalkan ika kat zhi pada 5.12.2010...hehhe...mse tu kan..ika ngan zhi masing2 malu2...nasib la kak yang tolong ejaskan ...hehe...lau x kan..mesti x akan jd cm ni kan...thanks kak yang...

#dan yang lain nye..atie,alip,abg,k,ngah thanks ye...hehhe...

zhi janji pade sume yang zhi akan menyayangi dan mencintai ika seadanya..
percintaan jarak jauh adalah begitu sukar ditempuhi..namun,kami berdua akan menempuhi nya dengan hati yang ikhlas mencintai antara satu sama lain..zhi arap zhi dengan ika tidak akan terpisah kerana ika adalah cinta yang terakhir dan terakhir....
doakan agar kami berdua akan bersama selamanya...

p/S: thanks pada kawan2 yang sudi membaca...tinggalkanlah sedikit komen yee....


Thursday, August 11, 2011

JOM BELAJAQ AYAT2 OQANG KEDAH

1. Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15 Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 . Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = urus
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = kebah/ kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59 Be-qhemba = bersaing/ lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik/panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Mengkelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh/ bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka/cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet
111. Ketuat = kutil
112. Mengacom = mengadu
113. Mengkelan = tersangkut makanan
114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar
115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas
116. Mot = bawak/ muat / bonceng
117. En-jos = exzos
118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock
119. Pre-went = sprocket/ freewheel
120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis
121. To-qheh = turis/ calar
122. Tungging buyung = "somersault"
123. Ponen = pondan/lembut, waria
124. Kesot = Injak / mengesot
125. Qhamaih = Ramas
126. Boroi = Berperut buncit
127. Kedeqhat = Kudrat
128. Biaq = Biar
129. Qhabat = Panjat
130. Ragaih = Panjat
131. Ghamei = Suka/gembira
132. Terebey = Lastik
133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli / syok sendiri
134. Belengaih = Kotor
135. Contiang = Lukis
136. Mengkala = Kalau / seandainya
137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut
138. Celapak = Terkam / lompat
139. Se-gheyau = Takut- takut
140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak
141. Melahaq = Lapar /Makan
142. Hampa = Mereka / kamu / awak
143. Depa = Mereka
144. Merenyam = Gatal (playgirl)
145. Tak dan = Tak sempat
146. Nyeh = Buang hingus
147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing )
148. Singkiaq = Singkir
149. Keleboq = Selut hitam
150. Pulun = Bersungguh- sungguh
151. Lagu mana = Macam mana ( how )
152. Pok kai = Duit dah abis
153. Terejai = Cakap secara kasar
154. Hawaq = Perangai tak senonoh / jahat
155. Ghe-nyeh = Terlebih senyum
156. Ku ih = Calit /tolak ketepi
157. Kelepiaq = Tangan bergerak ke sana sini
158. Lau = .Reban ayam
159. Toslet = Lampu suluh ( torch light )
160. Pelekoh = Pukul
161. Luku = Pukul dengan tulang jari tangan (kat kepala)
162. Ber-ghetoh / tersenegheh = .Berlaga / tersentuh
163. Merengit = . Hitam
164. Kahaq = Kasar
165. Cekeding = Tersangat kurus
166. Lit-lit = Panas ( cuaca )
167. Tera = Pandai
168. Hampa = . Mereka /
169. Ligan = Kejar
170. Gelema = Kahak
171. Herot petot = Tak tersusun / Bengkang bengkok
172. Je gheluih = Terjatuh ke lubang
173. Melahaq = Lapar / Makan
174. Pengkaq = Jalan tak betul
175. Aiyo = Sambil tepuk dahi
176. Puqrih = Lidi
177. Tembun = Debab / Gemuk
178. Cemuih = Bosan
179. Cenge = Garang
180. Perongouih = Ganas
181. Juruih = Jirus / Sirim air
183. Kurang ajaq = Kurang ajar
184. Hemoi = Tak kisah / tak malu
185. Lokoih = Basah kuyup
186. Koi-koi = Makin lama / Pelan- pelan
187. Baloq liat = Malas dan penyegan
188. Terpegheluih = Jatuh terperosok
189. Terpelohong = Terbukak ( khas untuk lubang )
190. Tak kelapaq = Tak ingin / tak mau
191. Tergelinciaq = Tergelincir
192. Koroi / Kuruih = Kurus
193. Koro = Sorang-sorang kesepian
194. Kelepiaq = Tangan bergerak kesana sini ( meronta )
195. Gabuih = Cuci / Gosok ( khas untuk habuk@ debu )
196. Gabuih = Gabus
197. Hinggut = Goyang /Goncang
198. Terpeleot = Tergeliat/ terkehel
199. Ghenjong = Panjang
200. Ghalit = Khusyuk /Lalai
201. Pelet = Loghat
202. Hang = Awak / kamu / kau
203. Tawaq hebiaq = Telalu tawar
204. Maneh melecaih = Tersangat manis
205. Qho joh = Tikam
206. Piau = Original
207. Chayaq = Cair
208. Orait = All right
209. Gostan = Undur
210. Go head = Ke hadapan
211. Gohead gostan = Kehadapan- undur
213. Semedang = selalu
214. Pandak = pendek
215. Cepiaq = talam kecik hidang kopi
216. Peqhosah = buat bersungguh2
217. Seqhot = undur pelan2
218. Bedanoq = Tersangat kotor
219. Pree = Free/Percuma
220. Baloq liat = pemalas gila
221.pedai ayam = mangga kunci

Saturday, July 30, 2011

tekanan darah rendah

Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)
Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah.

Tuesday, July 12, 2011

URMMM

hurrmm,mmmm.....
ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA KAWAN2 AKU....
FIRST SEKALI THANKS SEBAB SUDI KORANG DATANG MELAWAT KT BLOG AKU YANG DAH BERSAWANG NI...
NOW DAH 12 JULAI 2011....
SEDAR X SEDAR DAH 220 HARI AKU BERSAMA MIZZ ATIKA HALIM...
NOW X MACAM DULU...
NOW AKU AKUI YANG AKU TERLALU SIBUK...
MACAM2 MASALAH YANG AKU ALAMI.....
MIZZ ATIKA PASTI AKAN BERFIKIRAN YANG NEGATIF TERHADAP AKU..
TETAPI AKU TETAP DENGAN JANJI AKU..
YANG AKU AKAN TETAP CINTAI DAN SAYANGI MIZZ ATIKA SEHINGGA KAMI BERSATU...
AKU TERLALU SAYANGKAN DIA...

TERIMA KASIH LAH KERANA DIA BANYAK BERSABAR DENGAN KARENAH AKU SELAM INI...
WALAUPON AKU JARANG HUBUNGI DIA SEKARANG NI....
DIA TETAP SAYANGKAN AKU...

TERIMA KASIH YUNX.....



Thursday, April 14, 2011

KEJOHANAN LIGA AMATUR KALAH MATI “ACC - AMATEUR CUP CHAMPIONSHIP 2011 NEGERI KEDAH”

KEJOHANAN LIGA AMATUR KALAH MATI “ACC - AMATEUR CUP CHAMPIONSHIP 2011 NEGERI KEDAH”
Pertandingan liga amatur ACC ini adalah sebuah liga yang dianjurkan oleh ACC Management sebagai usaha untuk membantu meningkatkan martabat bolasepak Kedah Kejohanan ini terbuka kepada semua pasukan yang berminat untuk menyertai pertandingan liga jangka panjang ( 15 minggu ) dan boleh memberi komitmen sepanjang pertandingan.
SILA LAYARI :
http://www.facebook.com/acc.liga.amatur?ef=ts
Blog : www.acc-management.blogspot.com

Monday, March 14, 2011

no SUBJEK

ahahaha...............assalamualaikum kepada anda sumua...x kira dimana jua anada berada...

now time untuk saya merapu...
idea x da...tapi...sudah agak lama saya x hapdate blog ni...
kesian la plak blog ni kesorangan..
haaa...

tu my chienta hati/......
saya nk mintak maaf ngan anda...kerana..????
mungkin sejak 2 ke 3 ri ni...eeh...haaa...da jadi 5 ari da tu..
lalalla......
mungkin saya x contact kamoo...arghh....dalam hati saya ini...
TERLALU MERINDUI KAMU SAYANGKU....
aku ada kerna kamoo sayang....
cik Atika telah memberi semangat kepada zz...
ahaaa......

masalah keluarga x dapat dinafikan lagi...
zz da masalah ngan adeq sppu...
perangai dia tu...nk kata x leyh pikiaq lagi...
dah besaq....ari2 dok gadoh ngan mak dia..
sampi 1 tahap zz pon da x tahan nk tngok
mak dia bersedih....
tanpa segan dan silu....
zz sound dia....ahaaa....
kecian pon ada gak zz tngok....
menitis ayaq mata dia...hahaha
1 malam zz x balik rumah...meluat tngok muka dia...

kepada rakan2 yang lain...
jangan la melawan cakap mak atau ayah...
tanpa mereka kita ni x da didunia...

saya dah rasa cm na lau x dapat hidup disisi mak ngan ayah...
hurmmm.....sedihh bila tngok orang lain dapat kasih sayang
sepenuhnya dari mak ngan ayah mereka..
now da 16 tahun saya x hidup bersama mak saya...
ahaa....hanya kontack dari jauh..
hurmmm....jumpa pon hanya 2 ke 3 jam...
dah la nk jumpa pon payah....dalam 1 tahun hanya berapa kali...

baru 2 tahun saya dapat hubungi ibu kandung saya,..
baru 2 tahun saya menghubungi dia..
macam kawan2 yang laen...
hurmm..
dah la....mls nk taip dah...ase nk mengalir ja air mata ini..

hurmm....



kepada chienta hati saya.
yunx...honey dengan dia hanya sahabat...
yun jngan terlalu fikir yang bukan2 k..

dalam haty honey hanya da yunx...
x kan ada orang lain...
itu adalah janji kita berdua...


haa...k la...mcm2 yg zz da selit lam ni..
so kepada semua...sama2 kita renungkan...
maaf jika saya telah wat salah dalam ayat2 diatas...

k...daaa...

assalamualaikum....

Saturday, March 5, 2011

hurmmm..x da tajok

apsal la sejak beberapa hari ni aku x da mood???

KENAPA!!!!!!
mood x bapa baik....macam2 masalah dah ku alami....

yang paling aku terasa apabila aku da wat sayang aku seperti kecewa akan
kelakuan aku...

aku sedih kerana aku telah buat si dia sedih....
yunx...maafkan honey...

Sunday, February 27, 2011

10 resepi rahsia CINTa

1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Tuesday, February 15, 2011

keranamu hatiku malaysia

Kaulah wiraku yang berbakti untuk negara yang tercinta ini
Kamilah generasi baru yang akan menerajui perjuangan impian yang pasti

Dan kini kau menjadi lagenda hidupku
Berjanji kami bersatu padu
Agar sentiasa mengharumkan namamu

Oh Malaysia tanah airku yang tercinta
Rela kami korbankan segalanya
Jiwa raga dan juga harta benda
Keranamu hatiku Oh Malaysia
Tanah airku yang tercinta
Berikan kami kekuatan untuk
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang

Kaulah wiraku yang berbakti untuk negara yang tercinta ini
Kamilah generasi baru yang akan menerajui perjuangan impian yang pasti

Dan kini kau menjadi lagenda hidupku
Berjanji kami bersatu padu
Agar sentiasa mengharumkan namamu

Oh Malaysia tanah airku yang tercinta
Rela kami korbankan segalanya
Jiwa raga dan juga harta benda
Keranamu hatiku Oh Malaysia
Tanah airku yang tercinta
Berikan kami kekuatan untuk
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang

Dan kini kau menjadi lagenda hidupku
Berjanji kami bersatu padu
Agar sentiasa mengharumkan namamu

Oh Malaysia tanah airku yang tercinta
Rela kami korbankan segalanya
Jiwa raga dan juga harta benda
Keranamu hatiku Oh Malaysia
Tanah airku yang tercinta
Berikan kami kekuatan untuk
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang

Sunday, February 13, 2011

menangis kesakitan

salam alaikha ya kawan2 ku sekalian...
ya allah...alhamdulillah..dapat kita bersama lagi....
semoga hidup anda semua sentiasa dicucuri rahmat dari yang maha esa...

disini aku cuma nk ceritakan pada anda tentang kesakitan...
td pagi aku ke hospital atas 1 urusan...
korang pon mungkin dah tau....
aku g buka besi yang ada pada mulut td....
perghh...mula2 masok ja kaki kt lam hospital tadi...
aku da asa takot...tetapi aku tetap beranikan diri...

aku g daftar...pas daftar...
naek tigkat dua..
masok klinik pakar...tunggu punya tunggu...
haaa...turn aku sampai...arghh....takot gilaa...
aku beranikan diri lagi....

langkah demi langkah aku terus masuk dalam kilik no 92..
masok2 aku ternampak doktor marshirah...dia senyum ja kt aku...
dia tnya aku..."datang ngan spe dik"..aku pon jawab.."ngan membe"
nasib la g ngan membe..lau aku g sowg...kompom kne leter dlu...
haaaa..dia tanya lagi"ko da sedia dik??nk akk bius dulu"
hahaha..aku takot lau bius..aku pon kte x nak..

ok...now dia check dlu..pas tu dia kompom ngan doktor yg lagi sowg...
dah 10 minggu aku pakai besi tu...
masa dia mula buka dawai yang pertama...aku x sakit lagi...
bila masok yang ke 3..
perghhhh....sakit gila....
menitik air mata aku ke lantai...
first time aku nangis time aku sakit..
ahaaa....dalam aty malu pon ade...
but...aku x endahkan..
terlalu sakit...sungguh sakit..

aku berkumur...banyak nya darah...loya aku...
hahahaha....
now aku rase lain pada mulut aku..
dulu da besi..now x da,,,,ase x selesa gila

now aku da kembali ke kehidupan seperti dulu...

ini saja cerita aku...agak tergantung...heheheh....

k all...salam

Friday, February 11, 2011

leteyh gilerr beb!!!! dan sedeyh!!!

hah...bawu sampai ke kedah..dari temerloh....
mata sudah kuyu...bile mau tido hah???
kejab lagi kot....ahaaa....
pengalaman....yeehaaa.....
pengalaman selama 3 ari 2 malam...hehehe....mule2 time nk g temerloh...
ahaaaa....cam sakai...kene tunggu bas punya lama.,...
kate bas gerak kul 8.30 mlm....last2 gerak kul 9.30...
1 jam dok temenung panjang kat perhentian bas sungai petani...
bowink amat.....

haaa...bile da sampai temerloh....
kul 5.30 pagi sampai...lajukan bas tu..
hhuhuhu...naeklah bas utama express...
heheheh....keadaan amat selesa.....
mule2 segan aku nk berjumpe owang temerloh....bila kitowang sampai...
maksu call membe baek dia...ehhehe.....pon pon pon....pakcik tu pon sampai..
hehehe..name pak cik tu..pakcik din...
owg nye simple...kacak dan bergaya...
agak sporting...
mule2 aku ingat dia garang...last2...huhuhu....leyh jadi geng....
masok2 kete pakcik tru cite yang jala kt temerlong ni banyak kona pi kona mai...
hehehe...aku still cakap kedah..
lalalalal....x lpe daratan...heheeee....

da sampai umah pakcik din....sshhhh...diamm.....anak2 dia ngan tido....
ari jumaat esok diowg skolah...ahahaha...aku ingat anak dia sowg je...last2 da 3 owg....
hehehehhe...
anak2 dia menyambut kedatangan aku dengan penuh meriah nye....lalalalla...
ank sulung dia nama umi,15..lg sowg lpe nama....sopi,umo x tau....Rubi a.k.a rabiatul,5 tahun...
hehehe...

Rubi...ehhehe...mule2 malu2...last2...dia yg paling manje ngan aku...
petang2 aku bawak dia jalan2...first day aku sampai dia demam...cian...
puas aku paksa dia makan ubat...
perangai dia x ubah macam my chienta...susah nk mkn ubat....

aarghhh...malas suda nk menaip...hehehe..

ari last aku kt sne...iaitu kelmarin...11-2-2011....
aty ni x tau nk kte pe,....sedeyh teramat sangat..nk tinggalkan rubi...
urmmm.....
but aty ni telah diubati dengan kehadiran akk eila...
akk iela bawak aku g umah dia kt jengka...
ahaahaha....
aku g mkn2 ... jmpe family dia...
pas tu dia anta aku kt perhentian bas temerloh tepat pada waktu aku nk nek bas...

sampai2 kt perhentian..aku terlihat kelibat Rubi...
arghh...aku lihat rubi menangis...
hurmmm....setiap titisan air mata rubu amat bermakna bagi aku.....ntah kenapa...
but aku terpaksa tinggalkan dia....
hurmm...mungkin 1 ari nanti abg akan jumpe rubi lagi...
kt telingge ni terdengar2 rubu paggil ''abg''..
sebelum aku naek bas...rubi panggil nama aku banyak kali...
air mataku turut menitis jatuh kebumi...aku tahan...

dah la...x mo la nk cite lebeyh2...now aku da sampai umah...nk rehat jab....
k suma...thanks coz sudi membaca coretan hati ni....

salam.......zhi zie


Tuesday, February 8, 2011

Erti Cinta Pada Diri Setiap Individu

Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur" - Saidina Umar Ibnul Khattab -

Sunday, February 6, 2011

istimewanya 2011

Tahun ini mempunyai 4 tanggal aneh:

1-1-11, 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11.

Sekarang cuba ini: ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda

dicampur dengan umur anda tahun ini.hasilnya pasti =111...nice

, Subhanallah !! its... miracle , try it.....!!

contoh:

saya...93+18= 111

gigi OH!! gigi

TIDAKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!
mengapa hari yang ku nanti selama ini...
menjadi mimpi yg buruk amat bagi ku...
sedih...
kecewa tahab gila babeng....
ahaaaa....
nampak nya aku masih memakai besi pada gigi.....
hahahahah...
13/2/2011 baru nk buka....
hahahah//......masih boleh bergaya dengan besi yang berkilat2...
alalallala,....

x tow da nk taip apa...nk g beli charger sony.....ahaaa...
bye2

Saturday, February 5, 2011

Pasai Gigi

ahaaa.....sudah nk masuk tanggal 6/02/2011...haru yang ku nanti semenjak 21/12/2010...dah kekat 2 bulan aku memakai ashbar/besi pada gigi...ahaaa...
suma ni sebab exident la....adeshhh....
da la SPM pon x amek lagi...tahun lepas dah nk spm...gagah pi men drift...kan da susah..tengok..sapa susah????aku gak yang susah..ahahah....padan muka aku....lalalala....
haa.....

hazizi oi...arghh....x dapat aku nk ungkapkan...
TIDAK!!!!!!!!!!!!!!
takotnya aku nk menanti esok hari....waaaaaaaaaaaaaaaaa
tapi aku akan beranikan diri...
kini aku seorang hero..ahahahha....(poyo)

terima kasih pada adinda kesayangan ku Atika....
dia telah banyak memberi semangat pada ku....
kini aku beranikan diri...
yeehhaaaaa.....panggey la doktor tu,.....aku x takot nk kna bka besi ni..
heheheh.....
DR.Marshirah...maaf je kalau Dr. baca ni...hehehe... (lam aty takot giler)...
ahahahahah...

haaa...
dah la esok pagi2 kna bangun awal...jarak dari sini nk ke HSB dah la jauh....
kompom sejukk...ahahah....(g nek moto)....
alhamdulillah ada juga kawan aku yg nk teman aku...
thanks bro sebab nk teman kan aku....
jasa unx x kan aku lupa...nnti balik aku blanja unx makan kt MyFC...
ahaaa.....

k lah rakan2....aku nk blk tdo...jbg cik Atika marah sebab aku x tdow2 lagi...
al maklum la....
atika kan sayang saya...(jngan jelez)
ahaa...k la suma...
esok saya akan ceritakan la cm na diowg buang besi ni...aghahahhahaha

sekian sahaja celoteh saya......
zhi zie

Friday, February 4, 2011

PERJUANGAN KITA BERSAMA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T......selamat pagi,tengah hari , petang dan malam kepada semua rakan2 yang membaca...
semakin hari kita dapat lihat akan perkembangan bola sepak di Malaysia...
cara sokongan kita sudah mula beralih...kini kita PENYOKONG...bukan PENONTON....
saya dapat melihat...rakan2 kita seperti sudah tiada semangat untuk menyokong seperti mana yang telah kita lakukan pada tahun lepas...
kemana hilangnya semangat kita yang dulu????
yaa...benar...ramai yang tidak suka akan cara kita menyokong.....ramai yang telah mencaci maki kan kita....selama ni kita tempuh semua....dah macam2 halangan,cabaran dan dugaan telah kita tempuhi bersama....kekalkan lah semangat kiita yg dulu.....
saya masih ingat lagi...sebelum saya mengikuti rakan2 yang lain untuk berdiri,bertempik dan berbagga....pada mulanya..saya juga malu...namun semangat yg diberikan oleh abang2 kita telah menjadi kan saya mampu berdiri selama 90 minit dan menyokong pasukan kesayangan kita iaitu KEDAH.....selepas itu...datang pula otai2 lama yang telah menyuntik semangat baru untuk saya dan telah memberi amanat agar saya lebih bertanggungjawab.....

rakan2...kita perlu ingat...biarlah apa orang diluar nk kata...perjuangan kita masih lagi belum selesai....jadikan semua yang telah kita temuhi bersama sebagai satu cabaran dan dugaan untuk kita terus berjaya ke hadapan...


ini adalah apa yg terkandung dalam hati saya yang ingin saya luahkan...maaf jika saya terkasar bahasa...

Friday, January 28, 2011

i Love U fOrever N Ever AtiKa

Biarpun kadang kadang aku bimbang
Pada tumpuan yang kupijak
Namun suara hati ini
Sentiasa berkata tak boleh lah memberi
Meski hanya sebuah senyum
Apalagi sebuah rasa
Hatiku telah kusisihkan untuk belahan jiwaku
Separuhnya teruntuk buah hatiku
Meski pengorbanan ini kadang terasa menyakitkan
Tapi inilah takdir Tuhan
Dan aku yakin cinta yang kuperjuangkan
Akan terasa indah pada waktunya

Monday, January 24, 2011


salam sejahtera kepada rakan2 yang sudi membaca di dalam post ini...
yeeehaaa...
gambar di atas adalah gambar my love...
x perlu zz nk bg tau nama dia...maybe korunk suma da kenal kan...
zz terlalu sayang dan cinta dia...semalam zz telah menyebabkan si dia menangis...
hurmmm...zz memang x guna kan...
but..yunx..maafkan honey...
zz terasa yang diri zz ni amat x berguna.....
hurmmm....apa dah jadi ngan zz??
but zz terlalu taksub dengan ayat yang si dia kata " yunx rela tersiksa asal honey bahagia"
bg korunk..apa maksud suma ni...
hurmmm....sama2 kita fikirkan...
zz terlalu sayangkan ika....

now kami da berbaik semula...
semalam kami hampir2 berada di penghujung perhubungan...
naseb la zz sempat memujuk si dia...
kalau x??...x kan ada zhi zie dalam ni...
hurmmm...zz terlalu sayangkan ika...maybe dalam masa ni...
zz x da luangkan masa bersama ika...macam2 yang bermain dalam fikiran ika kan...
buat sahabat2 yang membaca ni....
zz nk tanya pendapat korunk....
ape yang korunk akan fikir kalau pakwe @ makwe korunk x luangkan masa ngan korunk?????

lau korunk nk jawab..jawab lam comment zz k...
zz amat memerlukan pendapat korunk...
apa yang patot zz lakukan demi perhubungan zz ngan ika....
zz x sanggop untuk kehilangan ika...
tlonglah zz...

seblom terlupa...
ayat dalam pic tu yang "JANGAN PERNAH KAU BERUBAH"
ayat tu ditujukan pada zz sendiri...
ayat tu menjadi sumber untuk zz...
dan juga untuk ika...
"JANGAN PERNAH KAU BERUBAH UNTUK TIDAK MENYINTAIKU"

Monday, January 17, 2011

Jangan Kita Sia-siakan Air Mata

"Bahawasanya airmata
tiadalah ia memilih tempat untuk jatuh,
tidak pula memilih waktu untuk menitis.
Airmata adalah kepunyaan bersyarikat,
dipunyai oleh orang-orang melarat
yang tinggal di dangau-dangau yang buruk
oleh tukang sabit rumput yang masuk ke
padang yang luas dan ke tebing yang curam,
dan juga oleh penghuni-penghuni gedung-gedung
yang permai dan istana-istana yang indah.
Bahkan di situ lebih banyak orang menelan ratap
dan memulas tangis.
Luka jiwa yang mereka hidapkan,
dilingkungi oleh tembok dinding yang tebal dan tinggi,
sehingga yang kelihatan oleh orang luar
atau yang mereka ketahui hanya senyuman-senyuman saja,
padahal senyum itu penuh dengan kepahitan.''

by: zhi zie

Friday, January 14, 2011

Kisah Biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

“Alangkah tak malunya lelaki ni….. dah la tak mintak dari aku…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…Pencuri!! †rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.

“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.†kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…†getusnya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.



Benarkah Sukar Mengenali Hati LELAKI??

BENARKAH sukar mengenali hati lelaki? Menelah dan menggauli hati budi mereka sebenarnya tidak semudah yang disangka.

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya